NOTIS

Mahu iklankan perniagaan anda.. meh klik SINI

Habibah Yahya's Facebook profile Create Your Badge

Disclaimer : Semua penulisan perkongsian disini adalah hakmilik terpelihara Keluarga Ibu3A, sila mohon izin sekiranya ingin copy paste dan kreditkan link ke blog ini. Penulisan yang diambil dlm bentuk copypaste untuk tujuan perkongsian akan saya sebut sumbernya. Ketahui hak anda sebagai penulis blog.

Ahad, Mei 24, 2009

Home » , , » Khadijah Hashim

Khadijah Hashim


foto google di internet

Anda kenal Khadijah Hashim?

Khadijah Hashim merupakan penulis idola kakyong yang pertama, penulis idolaku sejak usia remaja. Mengenali nama beliau semasa usia kakyong 11 tahun. Waktu itu kakyong menjadi Pengawas Perpustakaan di sekolah rendah. Walaupun berada di perpustakaan sekolah mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, *masa yang agak terhad* namun peluang untuk menatap buku-buku yang pelbagai tajuk dan genre, itu lah saat yang selalu ditunggu-tunggu. Membaca novel adalah hobi yang mula dipupuk sejak berpeluang membaca novel Khadijah Hashim.

Antara novel Khadijah Hashim yang mula dibaca adalah Badai Semalam dan Merpati Putih terbang lagi. Semasa usia 12 tahun memang sukar untuk memahami cerita yang ditulis. Dan hanya selepas usia mencecah 25 tahun baru berjaya membeli beberapa naskah novel Khadijah Hashim. *sebab dah kerja & ade duit sendiri*.

Kakyong ulangbaca novel Merpati Putih Terbang Lagi semasa di sekolah menengah. Waktu itu pinjam daripada seorang teman, novel dibeli oleh ayahnya sebagai hadiah hari jadi. Waktu usia meningkat remaja, pemahaman pun berbeza semasa usia anak-anak, sentiasa terbuai-buai dengan angan-angan seperti jalan cerita tersebut.

Khadijah Hashim juga ada menulis siri cerita rakyat Si Awang. Boleh rujuk di sini Siri cerita rakyat Si Awang. Jika punya peluang, Insya Allah, kakyong nak cari @ beli siri cerira rakyat ini untuk dibaca bersama anak-anak. *Tak tahu lah kenapa lately ni asyik terfikir nak beli buku-buku siri cerita rakyat.. tak sangka bila di google.. rupanya Khadijah Hashim juga ada menghasilkan siri cerita rakyat.. *



antara koleksi novel Khadijah Hashim milik kakyong.. Insya Allah, bila ade duit lebih, nak menjelajah kedai buku dan mencari lagi beberapa novel yang belum dimiliki



Terima kasih sudi berkunjung & membaca blog kakyong.






Anda tahu LMFAO tu apa? Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi.

Amira Studio
4 Comments
Comments

4 comments

24 Mei 2009 11:48:00 PG

Peminat khadijah hashim rupanya..samalah kita.. Namun sejak akhir-akhir ni saya dah jarang baca novel...alih selera ke buku ilmiah pulak.

25 Mei 2009 10:48:00 PTG

kak has pun pernah baca buku khadijah hashim. kalau tak silap ada gak owned one or two. tapi dah tak ingat lar!

5 Jun 2009 1:28:00 PG

KakYong minat mbaca ke? Kirana minat baca zaman2 student je dulu. Skrang nih baca la jgak, tapi jarang2. Suka bila pegi kedai buku tapi lebih minat beli majalah2 dan buku2 keagamaan dan motivasi.

8 Jun 2009 11:11:00 PG

Tirana,
memang suka sgt novel.. masa bujang ade byk masa... la ni dgn anak2 jer, tak sempat, kalut bagai.. hari tu dpt novel Setiap Jumaat dari kak NB pun tak habis2 baca lagi...

Kak Has,
heheh, ari tu dok kemaskan almari buku, tu yg terjumpa buku2 novel tuh.. bernostalgik lah plak.. asyik dok adap 'Accountant Today' jer *walau dok rumah tp masih MIA members, so monthly memang depa antor magazine*, jemu jugak.. jengah2 lemari buku, byk plak buku2 lama yg boleh diulangbaca.. ;)

Tirana,
kakyong tak memilih nak mbaca apa.. novel, buku ilmiah, motivasi.. asal boleh dibaca & refreshment utk diri.. almaklum 24 jam mengadap anak jer.. kalo baca berat2 sgt pun kdg2 fenin gak.. kalo kerja dulu memang la byk membaca yg teknikal, la ni nak santai2 lah sket.. selain baca buku parenting...

Catat Ulasan